Saturday, 28 March 2015

Permata yang terbenam di dalam pinjaman Amanah saham bumiputra (loan ASB)


Submitted by m.ruzaini.h on February 6, 2015 – 3:40 pm4 Comments
Salam,
Jika anda mengikuti story saya dan kiraan saya dalam blog ini berkenaan dengan ASB.. anda akan sedar bahawa dengan pinjaman loan ASB anda akan dapat beberapa perkara lain selain dari Dividen dan bonus kan..
antara pulangan yang kita dapat jika membuat pinjaman asb ini atau Loan ASB adalah
  1. Dividen dan bonus
  2. Principle paid
  3. Insuran
kali ni aku nak cerita sikit berkenaan dengan principle paid ni.. jika anda buat
  • loan ASB islamic CIMB tanpa takaful = RM200,000
  • monthly installment = RM1104.41
  • tempoh = 30 tahun
Duit Installment sebanyak RM1104.41 akan diguna untuk bayar bank.. dan juga akan bayar duit pinjaman pokok kita.
boleh tgk dalam gambar dibawah, dimana column principle adalah untuk membayar pinjaman kita..
manakala column interest adalah sebagai upah kepada bank..
pada awal tempoh pinjaman, interest kepada bank adalah tinggi dan akan berkurangan over time manakali principle akan meningkat over time.. boleh rujuk jadual dibawah untuk kefahaman.
12
Menarikkan.. Dividen dan bnus dapat.. principle pun dapat.. tp kene ingat.. setiap bulan januari kita akan pergi ke pejabat pos atau bank untuk kemas kini akaun ASB untuk tahu dividen dan bonusnya.. tp itu je yg akan terpapar dalam buku ASB kita.. value dividen and Bonus.. so mana kita nak ambil duit principle kita sebenarnya..
Principle paid HANYA akan ada dapat bila anda terminate loan ASB anda… dimana kiraan principle ni adalah Principle paid = jumlah loan – baki loan… selagi anda tak terminate loan ini.. maka ini yang saya kata permata yang terbenam
dibawah ni jumlah permata yang tebenam dari sebahagian loan ASB saya.. ini adalah kiraan yang sebenar.. loan ASB ni dibuat diantara tahun 2010 – 2013…
saya ada lebih dari 6 sijil… dibawah ini saya sertakan 6 sijil sahaja untuk panduan semua..
dari principle sahaja saya dapat ROI 29% setahun atau lebih dari RM8000 setiap tahun.. banyak bukan.. jumlah ni akan meningkat dari bulan ke bulan..
  • Jumlah pinjaman = RM 408,000.00
  • Baki pinjaman sehingga disember 2014 = RM389,001.59
  • jumlah installment sebulan = RM2471.00
  • jumlah minimum principle paid sebulan untuk tahun 2015 adalah RM713.58
jika kita terminate loan ini pada hujunh tahun atau awal tahun 2016.. maka jumlah yg kita akan dapat adalah
  • Dividen 2015 = RM30,600
  • principle paid tahun 2015 = RM8562.96
  • Principle paid tahun sehingga tahun 2014 = RM18,998.41
so jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM58,161.37 .. boleh tahan.. not bad..
kesimpulan :- Permata yang terbenam didalam Loan ASB adalah principle paid… nak gali.. tapi masih syok tgk permata ni terbenam bersinar dari jauh.. hahaha.. layan selagi yang mampu..lagi lama permata ni terbenam.. lagi rugi kita.. coz kita tak dapat utilize duit ni sebab duit ni bank yang pegang tanpa ada hasil kepada kita.. itu yg wujudnya teknik terminate selepas beberapa tahun untuk utilize potensi LASB ni..
we

No comments:

Post a Comment